-->

Salam Perkenalan

Wednesday, April 3, 2013

Resepi Paplova

Semua orang pasti ada makanan kegemarannya.. Begitu juga kawan aku di ofis yang sangat minat makan "Paplova". Jadi semalam kami semua sepakat berkongsi duit beli "Paplova"..

Rasa "Paplova" nie manis dan luar crispy crunchy.. Dekat dalam lembut macam marshmallow. Dengan whipping cream + buah-buahan.. memang sedap rasa manis dan masam sekata..

Ini lah rupa "Paplova" yang aku kongsi bersama rakan2 ofis semalam


Untuk teman2 blogger yang ingin mencuba resepinya. Disini aku letakkan resepinya yang aku jumpa di blog cik epal.. untuk aku cuba sekali buat cik abang dirumah..

Bahan2 utk "Meringue" (bahagian bawah Paplova)
4 biji putih telur (putih telur sahaja)
3/4 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila

Untuk "Topping"
1/2 cawan whipping cream
strawberry di potog kecil
kiwi di potong kecil
anggur hitam di potong kecil

Cara-caranya :
1. Pukul 4 biji putih telur guna mixer sehingga kembang dan berbuih.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Masuk gula sikit pukul.. dan seterusnya sehingga habis gula tue
3. Pukul "meringue" tue jadi putih berkilat. Dan kalau cuba tonggengkan adunan kalau tak jatuh means sudah berjaya..
4. Masukkan tepung jagung dan esen vanila dalam adunan. Dan kacau laju2 guna spatula.
5. Ambil loyang 4 segi letak baking paper. Buat bulatan atas baking paper tue, lepas tue terbalikkan kertas tue..
6. Letakkan "meringue" atas baking paper dalam bulatan tadi.
7. Panaskan oven dengan suhu 150c dalam 15 minit. Then turunkan suhu kepada 140c. Bakar selama 1 jam - 1 jam 15 minit (bergantung kepada oven masing2)

AMARAN: Jangan keluarkan pavlova terus dari oven selepas masak. Biarkan pavlova tue sejuk dalam oven. Buka sikit pintu oven untuk bagi pavlova tue sejuk. Keluarkan kalau dah sejuk.

8. Pukul whipping cream tue bagi kental. Ambil spatula dan sapukan atas "meringue" tue..

9. Then taburkan buah-buahan tadi..


Selamat Mencuba.. (^,^)

3 comments :

Anonymous said...

Yummyyy...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Cuka masuk bila